Saturday, June 8, 2013

Syukur Tuhan...

(Lama simpan-simpan)


Rasa bersyukur teramat sangat dengan pemberian Tuhan terhadap kami berdua suami isteri. Sesuatu pemberian yang cukup bermakna. Sebelum kawen hari tu ada juga beberapa kawan tanya.. lepas kawen nie merancang ka? kut-kut tidak mahu ada anak terus. Fikir-fikir, kalau kawen tapi merancang untuk tidak ada anak terus bagus lagi saya tangguhkan perkahwinan.. lain orang lain pandangan. lain orang lain cara.


Lama juga saya simpan-simpan.. cuma ada 1 orang kakak opis yang tau.. minta pendapat sebab tidak ada pengalaman dengan pregnancy test.. sebab first check double line tu warna pink. Sebelum tu ada juga bagi tau dengan kedua-dua family kita orang.. tapi diorang hanya bagi nasihat suruh hati-hati.. nanti double check di klinik. en.suami tidak berpuas hati.. teruja pun ada juga.. en. suami beli pregnancy test yang lebih canggih lagi.. test dan ujian tetap positif siap ada anggaran minggu lagi.. baru la saya ada perasan teruja.. sebab takut sangat untuk berharap. Keesokkan hari en. suami terus bawa ke klinik.. scan dan confirm memang ada. tapi  kecil sangat sebab baru beberapa minggu. Doktor suruh ambil appointment untuk buat buku pink. selama menanti untuk buat buku saya try tidak mahu bagitau dengan rakan-rakan yang lain. yalah bukannya apa orang cakap jangan dulu di heboh-hebohkan masa awal-awal kandungan. . yang boleh terbagi tau bila ikut kuar ngan Pn. Elis.. dan rasa macam tidak selamat bila dia drive kereta terlalu laju dan ada sedikit hentakan.. risau.. so terbagitau la.. supaya bleh la dia fikir-fikir tentang keselamatan... hehehhe yang kak aini pula terpaksa bagi tau sebab ada juga dia tanya makan ubat apa.. saya pulak jenis yang tidak suka orang busybody pasal diri saya.. habis la mulut longkang saya nie marah dia.. siap cakap lagi "pon mo sebok" kesian juga ngan dia.. apa boleh buat sudah spesis saya macam nie.. sebab saya jenis akan share bila saya rasa perlu dan sesuai. Masa saya bagitau dia tu saya berharap sangat dia jangan la bagitau kawan-kawan lain. Masa nie morning sickness tidak teruk sangat. Tidak menyebabkan saya menjadi lembik.. syukur... cuma sebelah petang berat sangat kepala nak baring ja... Kulit muka pun nampak kering.. sebab hanya pakai pencuci muka ja.. hidu bau krim muka pon pening.. sudah la memang muka nie comot bertambah comot la jadinya.. dengan liang pori yang besar.Tapi tidak apa... yang penting semoga Tuhan pelihara keluarga saya, beri kesihatan pada baby dan mummy baby, daddy baby.. God Bless Us.. Amen..

Tuesday, May 14, 2013

iS It tRuE? (copied from no name)

+ kissing is healthy
+ bananas are good for cramps
+ chicken soup actually makes you feel better
+ it's true. Guys Do Insult you if they like you
+ having someone rub your tummy when it hurts actually helps it
+ 89% of guy would want girls to make first move
+ girl love it when Guys hug them from behind the waist
+ chocolate makes you feel better
+ girls love it when guys let them wear their hoodie or jacket
+ guy think its cute when you mess up
+ a true friend will NEVER judge you
+ there is only one guy who is worth  your tears
+ if you have a dream about someone, then that person went to sleep thinking about you



Saturday, May 4, 2013

Manusia,..

Lega rasanya duduk sebumbung dengan suami. Tidak perlu rasa sakit hati lagi pasal rumah macam tinggal di rumah bujang.. bersih.. kotor kita sendiri yang tanggung.. hehehehhehe.. Yang paling penting kerjasama daripada en. suami sangat lah membuatkan saya rasa indah aja.. Mudah-mudahan berpanjangan hingga akhir hayat. Tapi...ada juga perangai yang baru ditunjolkan lepas kawen. Rasa lucu pun ada.. rasa geram pun ada..

Masa mula-mula tinggal di rumah baru en. suami ada sok sek pasal sorang tetangga yang tinggal di ground floor pentingkan diri sendiri bila parking kereta melintang daripada lot parking yang menegak.. dari 3 biji kereta boleh parking hanya 1 biji kereta dia ja boleh parking.. Walaupun tempat parking tu depan rumah dia.. tapi jangan la pentingkan diri sangat.. Tau la sekarang nie tidak la banyak penghuni blok so banyak juga kosong parking.. Tapi sangatlah kecewa bila tengok perangai manusia nie tidak ada moral untuk memberi ruang pada pengujung yang datang bila ada majlis kenduri kawen yang dibuat di kawasan parking kereta tempat yang sama.. bagi saya sangat la tidak bagus sikap macam tu.. tetangga lain yang tinggal di ground floor tidak juga buat macam tu.. 

Apa-apa pun mudah-mudahan la dia berubah.. entah berapa banyak orang mengutuk dia... 

.................................................................................................

Hurmmmm kadang rasanya hati manusia nie kalau sudah tidak berkenan, buat sehabis baik pun ada juga kesalahan.. Pantang ada kesilapan orang tu buat.. confirm di tebar.. dicanang.. di kutuk... kalau boleh segala medium digunakan untuk buat sindiran... 

Friday, March 1, 2013

1 Mac 2013

Sudah sekian lama tidak berN3..
Setelah lebih kurang sebulan telah memulakan babak baru..
Cepatnya masa berlalu.. yang pastinya saya masih menjalani kehidupan BUJANG.. masih tidak perlu basuh baju Mr.A..tidak perlu iron baju dia.. tidak perlu kelam kelibut sediakan makan minum... still ikut masa sendiri.. bila mau makan masak.. bila malas.. hentam keropok pun boleh..

Memandangkan belum tinggal serumah boleh la buat macam tu.. kalau serumah kena la rajin.. adeii macam belum sedia ja memikul tanggungjawab sebagai ISTERI (tiba-tiba nervous).