Tuesday, April 3, 2012

pOrt diCksOn

yehooo..walaupun sudah dua kali mengunjungi Port Dickson atas urusan kerja, saya tidak jemu-jemu untuk berkunjung ke sana buat kali ketiga. Istimewanya kali nie pergi Port Dickson beriadah bersama office mate. Walaupun seminggu sudah berlalu tapi keseronokan masih terasa.. semua kawan-kawan pun sporting dan enjoy..

Jumaat lepas(sehari sebelum berpantai PD) kitaorang pergi la beli barang-barang di pasar borong selangor sebab ada aktiviti BBQ di Pantai Poli.. lucu pulak bila ingat balik Kak Sue pilih ikan kembung, comel-comel cara dia pilih ikan. Orang jual ikan tu pun senyum-senyum ja tengok aksi K Sue. Saya nie tidak la pakar dalam pilih-pilih ikan so serahkan pada orang lebih tua.. bila part beli udang tu.. baru Kak Sue ambik seekor udang dengan gaya kecomelan dia, tukang jual tu kaut sendiri guna tangan dia.. yalah mungkin dia faham kitaorang jarang beli segala ikan udang. Tau tunjuk ja di kedai makan bujang la katakan.. yang Kak Sue bukan bujang tapi jadi bujang sebab husband dan anak-anak dia di kampung. Kesian Kak Sue. Saya, Nik dan Kak Bashah tau bawa barang ja sambil-sambil tengok barang-barang keperluan lain mau buat salad.. tapi seperti biasa semua kena minta tunjuk ajar dengan Kak Sue.

Hari Jumaat tu juga saya dengan Kak Bashah berkampung di rumah Kak Sue. Hendak tunjuk rajin la tolong Kak Sue siang ikan dan udang. Kitaorang sampai agak lewat juga la.. Mulakan tugas dengan buang perut ikan lepas tu udang pulak.. part potong sayur tu yang tak tahan.. Kak Sue siap bagi demo dulu macam mana cara potong, garang la dia rasa macam mak tiri pulak .. lepas tu nak macam nie la.. nak macam tu la..
ewahhhh.. "hiris halus-halus tau.."
 kitaorang seronok ja buat kerja happy-happy ja sambil-sambil tu sempat lagi buat ketupat yang tidak boleh makan. Orang perempuan ada aja cerita yang keluar... owhh I miss that moment.. together we laugh n sok sek sok sek sampai kerja siap.. tinggal masak ja.

Tiba-tiba pula saya kelaparan.. dengan manja-manjanya @mengada-ngada mau buat Kak Sue penat minta tolong dia masak mee sup instant... nyummy-nyummy sedap..sambil-sambil tu sempat aja buat ketupat lagi.. banyak crita-crita yang keluar..dan tidur pun memang lambat la...

Pagi 24 Mac Kak Sue awal bangun sebab mau masak bihun goreng saya lambat bangun la jawabnya.. tolong kemas-kemas sikit lepas tu mandi. Bila semua sudah siap udang pulak yang buat hal.. udang jadi ais dalam peti.. huhuhuhuhu bukan maha lambat lagi kitaorang gara-gara udang tu... sudahnya lewat 1 jam dari yang sepatutnya.

kenangan di PD










 suka pic nie.. 




 sampai sekarang kalau tengok pic nie.. terasa lapar la pulak... pandai orang yang buat dressing.. 




yooo..

No comments:

Post a Comment