Tuesday, September 11, 2012

Aku, Dia dan Mereka

aKu

Setiap hari cuba untuk menghabiskan 3 liter air.. setakat nie saya hanya berjaya secara regular minum sampai 2 liter air ja... sekali-sekala dapat menghabiskan 2.5 liter kadang-kadang 3 liter.. hurmmm... kali nie selepas "menformat" sistem badan tapi tak cukup syarat (sepatutnya 7 minggu tapi buat dalam 3 minggu lebih ja + kebocoran duit) saya mengubah haluan kepada bersenam..

Sebelum nie.. bila saya buat aktiviti berjalan ka (berjalan lagi banyak kot)  berlari ka di atas treadmill.. nanti sebelah malam akan terasa sakit di bahagian pinggang dan kebas kaki.. sekarang nie.. saya buat aktiviti lebih kepada berlari di atas treadmill, berjalan tu dalam masa beberapa minit ja.. balik rumah still ok tidak terasa sakit.. Syukur Tuhan...

 hari kedua bersenam (hari pertama bersenam tu tidak sempat mengambil gambar)

(hari ketiga bersenam 1 jam boleh dapat 6.1 km burn 184 calories ) 

hari ketiga juga (nie berjalan selama 5 min so hari tu burn 190 calories di Gym) 

mudah-mudahan tercapai la target berat badan yang saya idam-idamkan.. cheeeewwwaaa... 

Selain saya boleh membakar lemak-lemak yang degil untuk dihilangkan saya dapat kawan baru di gym tu.. Kak Saadah.. kagum dengan dia boleh turunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 4 bulan.. dan bulan puasa tu banyak membantu dia juga la.. tapi dia memang pantang nasi.. dia gantikan dengan sandwich satu hari hanya 2 keping roti. best juga la jumpa dengan orang uang boleh bagi motivasi pada diri kita nie.. banyak juga tips-tips yang dia bagi. cuma nasi tu kadang saya   telan juga la.. roti pun kadang 1 hari 4 keping juga saya makan.. hurmmm harap-harap saya sentiasa sihat.. mudah-mudahan sakit pinggang dan kebas kaki tu tidak timbul lagi..

diA

Lebih bersemangat lagi untuk mengurangkan berat badan bila Dia berjanji bagi hadiah yang special.. hikhikhik.. nie yang berazam sangat-sangat..hurmmm... adeii satu lagi benda peberet yang dia suka buat sekarang nie.. sampai sanggup buka 3 acc. Fb tambahan gara-gara main game.. adeii rasa terabai sangat-sangat.. na!! baru padan ngan muka dia bila acc. tambahan tu kena block. malam baru sokseksoksek ngan dia merajuk ngan dia siap cakap mau block game tu dalam fb saya la.. tiba-tiba ke esokkan petang, dia call tanya saya block ka game tu.. tup.. tup.. kena block oleh Fb tu.. melompat gembira saya..

meReKA

Ya Tuhan banyak juga dugaan untuk keluarga sepanjang minggu nie.. my sis Iss yang kerja di KK bilik kena ceroboh masuk..hilang cellphone hilang minyak wangi.. hilang benda-benda kecil-kecil.. cuma pelik juga dengan pencuri tu bleh ambik pulak benda-benda yang setakat perhiasan yang boleh dapat di pasaraya.. adeiii.. gila eh... Sabtu lepas pun buat hari trauma untuk family sebab majlis kahwin sepupu tu ber 'ending' dengan kekecohan.. Orang yang sama juga buat kecoh masa  majlis tunang saya hari tu.. cuma kali nie mungkin ada kesilapan dari pihak keluarga sepupu. My elder sister bagitau yang majlis kahwin tu happening juga la.. tapi bila family lelaki dan pasukan rela tu sudah balik semua jadi kacau.. adeiii.. nie yang buat pening kepala nie.. risau sangat-sangat.

Lagi la berdukacita bila family bapa dari negara seberang bagitau yang abang my bapa (bapa tua) pass away... risau ya amat dengan keadaan bapa.. tidak mau dia terlalu sedih.. takut memudaratkan kesihatan dia... 

Bapa tua..May your soul Rest In Peace.. Amen..






No comments:

Post a Comment